PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA ORANG ISLAM

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai konsep dan aplikasi perancangan dan pengurusan harta orang Islam melalui beberapa instrumen. Fokus utama kursus membincangkan mengenai peranan dan kedudukan hibah, wasiat, wakaf dan harta sepencarian dalam konteks perancangan harta orang Islam. Selain aspek perancangan harta, aspek pengurusan harta orang Islam di Malaysia yang melibatkan perundangan juga diberi penekanan. Di samping itu, kursus ini juga membincangkan secara perbandingan pengurusan harta orang Islam di beberapa negara Islam yang melibatkan statut-statut yang berkaitan dengan hibah, wasiat, wakaf dan harta sepencarian. Isu-isu dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam dibincangkan berlandaskan kepada pandangan fuqaha dan kepentingan masyarakat Islam. Kursus ini akan melibatkan pihak industri perancangan dan pengurusan harta orang Islam di Malaysia bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam menangani isu berbangkit.