Kursus ini adalah kursus lanjutan bagi kursus Pengantar Ekonometrik. Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar tentang penggunaan kaedah ekonometrik lanjutan untuk menganalisis data ekonomi. Perbincangan akan meliputi pengujian hipotesis dalam model regresi berbilang, spesifikasi model dan pengujian diagnostik, model ekonometrik dinamik, model persamaan serentak dan model respon kualitatif. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya berupaya untuk mengaplikasi pelbagai kaedah ekonometrik dalam penyelidikan empirikal dan menganalisis hasil kajian secara berkesan.
- Lecturer: ENCIK LIEW CHEI SIANG
- Lecturer: DR. ABDUL HAFIZH BIN MOHD AZAM